MyJ adalah singkatan kepada Projek Jutawan Malaysia. MyJ ditubuhkan bukan untuk menyaingi mana-mana kumpulan ataupun syarikat lain tetapi bermatlamat untuk membina hala tuju yang jelas dan benar dalam perniagaan ini selain dari menyediakan bimbingan serta latihan yang berterusan kepada mereka yang telah menyertainya.
MyJ juga menyediakan tools untuk digunakan bagi tujuan membantu serta memudahkan segala usaha yang dilakukan sepanjang proses membina kejayaan semua usahawan dibawahnya.
Kini MyJ sedang berusaha untuk memastikan matlamat untuk menjadi satu konglemerat terbesar di Malaysia akan tercapai melalui penubuhan Koperasi MyJ Konsortium Johor Bhd. InsyaAllah.
VISI
Membina serta melahirkan seramai mungkin usahawanjutawan bumiputra yang hebat, unggul, cemerlang dan terbilang di dunia serta sejahtera di akhirat (Rahmatan Lil ‘Alamin)
MISI
i. Menjadikan Islam sebagai panduan gerak kerja
ii. Menjadikan Al-Quran & Al-Hadith sebagai penunjuk jalan
iii. Menggunakan Hai-O Marketing sebagai platform perniagaan
iv. Menggunakan satu sistem latihan dan pengurusan yang bersepadu yang iaitu MyJ Smart To Success System (S2S)
OBJEKTIF
i. Menyahut seruan kerajaan dengan membantu melahirkan usahawan bumiputra yang berjaya
ii. Membantu kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum bumiputra
iii. Mendidik kaum bumiputra menjadi usahawan yang berkualiti dengan sistem pendidikan dan gerak kerja yang mantap
IMPIAN
i. Menjadi Konsortium & Konglomerat yang terbesar
ii. Menjadi Platform kepada kejayaan Usahawan Melayu
iii. Meneroka pelbagai perniagaan yang sukar ditembusi oleh usahawan melayu