CDM MyJ

::YH. CDM DATO' HJH SUHAILI YOSOP:::
“Saya melihat kemampuan MyJ kini tidak dapat disangkal lagi. Kemaraan MyJ sudah tidak boleh dibendung. Biarpun setahun jagung tetapi landasan yang dibina oleh MyJ menjadi terlalu kukuh. Ianya boleh dilalui oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk menterjemahkan diri mereka sebagai seorang usahawan MyJ..”



:::CDM ID AZALAN SHAH BENYAMIN:::
“Pejuang My J tidak boleh hilang semangat ataupun menyalahkan orang lain. Sebagai pejuang Islam jangan putus asa dan cepat mengalah. Kita sebagai ahli My J tidak boleh lemah dan mengikut kumpulan yang tidak menjadi serta membiarkan diri dan keluarga kembali miskin. Marilah kita teruskan perjuangan ini dan jangan mudah mengalah. Marilah kita berjuang serta membangun bersama My J satu Malaysia.”


:::CDM NAZDILIA NAWANG:::
“Jom sahabat-sahabat, kita sama-sama sentiasa kerja berterusan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan Allah, memerlukan wawasan, membina pemikiran futuristik, mencetuskan minda yang tajam dan berstrategi.”





:::CDM NORAIDAH MOKHTAR:::
“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, landasan sudah disediakan, sistem sudah ditunjukkan, bagi peluang pada diri sendiri, demi sebuah kejayaan. Kepada rakan-rakan kongsi semua, adat berniaga…. selagi berniaga dengan hati manusia tetap ada yang kita terlepas pandang namun itu tidak bermakna ikatan silahturrahim akan terputus begitu sahaja”



:::CDM DAIM AWANG:::
“Untuk kita terus melangkah di tahun 2011 harapan dan keyakinan saya sangat besar agar usahawan-usahawan MyJ terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Jom! Kita bangkit menggembleng tenaga dan terus bersatu untuk memartabatkan bangsa kita ke arah Usahawan Jutawan”




:::CDM HARTINI ABD. RAHMAN:::
"Semangat juang yang kuat dan kental perlu ada dalam diri kita kerana ia merupakan pasport untuk mencapai kejayaan. Tanamkan semangat dan keyakinan bagi terus berjaya walaupun menghadapi kesusahan kerana tanpanya kita pasti gagal."




:::CDM HAMZAH SIDEK:::
“Rezeki datang dari Allah. Kita percaya dengan apa yang kita ucapkan, tetapi adakah kita yakin dengan sepenuh hati kita?” Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Yakinkan diri kita, barulah kita dapat meyakinkan orang lain. Yakin sepenuhnya dengan Allah tetapi jangan buat kerja Allah, Tawakaltulillah”.




:::CDM ABG HASYIM ABG SAID:::
“Percayalah, selagi kita percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan diri, kita tidak akan membiarkan ada orang lain yang akan memijak-mijak kita dan menyebabkan kita tersungkur ke gaung pidana, lembah yang hina. Sekali kita menjelajah, musuh mula resah kita jangan mengalah dan biarkan mereka saja yang rebah. SEMANGAT SENTIASA HANGAT!”


:::CDM MOHD JAHIB KASMIN:::
“Pejuangan belum selesai...ayuh! Bangkitlah bersama mengubah kehidupan kita yang selama ini kita angankan untuk kita kecapi kebahagian dunia dan akhirat. Go...Go...Go...CDM!!!!!”





:::CDM NOOR ATHIAH MAT WI:::
“Untuk berjaya, seseorang itu mestilah mempunyai keinginan yang mendalam serta kekuatan, pokok pangkalnya kita sendiri mesti ada keinginan untuk berubah kerana tidak ada sesiapa pun yang boleh mendorong kita untuk berubah kecuali diri kita sendiri. Semoga MyJ terus unggul dan berdiri teguh, berdaya saing dan menjadi inspirasi kepada semua kumpulan lain dalam Hai-O Marketing”


:::CDM NAZRI NAWANG:::
“Kejayaan anda terletak di tangan anda kerana diri anda mencerminkan pemikiran anda. Gunakan masa yang ada untuk anda berubah dan bukan kerana terpengaruh tetapi kerana anda betul-betul yakin. Selagi ada kemahuan disitu ada jalan. Jika anda inginkan kesenangan di kemudian hari, bermula lah sekarang.”



:::CDM RUHANI SAID:::
“Perjalanan masih jauh, ini hanya satu permulaan.Kepada usahawan MyJ sekalian, ingat dan renungkan dunia ini milik Allah S.W.T. tetapi kita boleh mengubah dunia kehidupan diri kita. Hargailah dirimu kerana kejayaan telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada insan yang sentiasa berusaha didalam perniagaan untuk kehidupan yang lebih selesa dan mewah.”