PENGASAS


Beliau merupakan pengasas MyJ Project yang telah bertapak di bumi Malaysia sejak tahun 2007 lagi. Wanita kental yang berasal dari negeri Melaka ini telah 8 tahun menjadi usahawan Hai-O Marketing dan sekarang memegang pangkat tertinggi didalam Hai-O iaitu Crown Diamond Manager yang dicapainya dalam masa 10 bulan sahaja sejak Oktober 2003 lagi. Sebelum menyertai Hai-O Marketing, beliau adalah bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Penang, mempunyai kelulusan Degree In Education, Master In Education, Bechelor in Education dan sekarang dalam pengajian untuk mendapatkan PhD In Education. Suami beliau iaitu CDM Hj. Sazalee Hj. Mohamed, juga merupakan usahawan Hai-O Merketing yang memegang pangkat tertinggi didalam Hai-O iaitu Crown Diamond Maneger merupakan bekas jurutera Telekom Malaysia.
Beliau yang merupakan Pengarah Urusan kepada stokis Hai-O Marketing yang dibuka di Bandar Baru Uda, Johor juga merupakan Pengarah Urusan kepada MyJ Konsortium Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2008. Kejayaan demi kejayaan dikecapi setelah beliau berhijrah ke bumi Johor ini. Selain menubuhkan konsortium, beliau dengan kerjasama suami dan leader-leader didalam MyJ Project, telah berjaya menubuhkan Koperasi MyJ dan telah dirasmikan pada Konvensyen MyJ Project yang kedua pada Disember 2009 di MITC, Melaka.
Penghijrahan beliau dari Kuala Lumpur ke Johor pada 2007 memberikan kejayaan yang sangat besar dan tertubuhnya MyJ Project, kumpulan dibawah Hai-O marketing pada Oktober 2007. Setelah 3 tahun MyJ Project tertubuh, sekarang MyJ mempunyai lebih daripada 500 orang usahawan aktif dan telah melahirkan 12 orang CDM dibawah bimbingan beliau. Dijangka pada tahun 2010, bilangan CDM dibawah kumpulan MyJ akan meningkat sekali ganda. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan!
Selama 7 tahun bersama Hai-O Marketing, beliau telah mengecapi bermacam-macam kejayaan dan insentif dari Hai-O Marketing. Beliau telah mempunyai 3 buah kereta mewah iaitu Mercedes S500, Mercedes E200 dan Toyota Alphard. Beliau juga memiliki sebuah rumah banglo yang berharga lebih RM2.4 juta di Bandar Baru Uda. Selain itu, beliau telah pun melancong ke lebih 30 buah negara bersama Hai-O Marketing. Di luar Hai-O Marketing pula, beliau telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang daripada DYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato’ pada Oktober 2009 dan beliau telah pun menunaikan haji bersama sama suami pada tahun 2009.

    Sebagai leader yang cukup hebat, beliau mempunyai visi dan misi yang jelas untuk menaiktaraf kehidupan orang-orang bumiputra di seluruh Malaysia. Kata-kata beliau iaitu “buat je” menjadi ikutan dan pembakar didalam diri setiap usahawan MyJ Project. Beliau yang merupakan ikon didalam MyJ Project berhasrat untuk menyatupadukan kesemua usahawan bumiputra di bawah satu nama satu Malaysia, MYJ PROJECT!!